Friday 25 January 2019

Bedak Ponds


Saya teruja sangat nak cerita pasal produk bedak talkum tabur dari Ponds ni. Beli masa pergi bangkok tahun lepas sebab akak beria sangat. Tapi macam best dengan dia punya texture.
Harga dia pun murah je, kalau convert Bhat ke RM dalam RM3 mcm tu je. 


1. Ponds Natural Mattifying Face Powder (Biru)
Untuk produk ni saya tak selalu sangat pakai sebab rasa warna dia tak sesuai dengan kulit saya yang gelap dan rasa macam kulit jadi kering.

2. Ponds BB Magic Powder (Pink)

Bedak BB Magic Powder ni saya suka dan selalu pakai. Jadi untuk yang tak suka pakai foundation, bedak ni boleh jadi alternatif. Tekstur dia agak pekat, dan bile pakai rasa mcm ada shining dekat muka. Ini merupakan pertama kali saya tengok bedak tabur warna macam coklat dan bile pakai tak buat muka saya nampak kelabu. Since dah kenal bedak ni, saya keluar mana2 pakai bedak ni je :D



Saturday 8 December 2018

Kedai Eco-Shop RM2


Korang suka beli barang keperluan tapi takut tak cukup bajet?
Ha jangan risau sebab korang ada pilihan untuk dapatkan pelbagai jenis barangan keperluan pada harga RM2. Senang kata kedai 2 ringgit yang ramai orang berebut nak datang iaitu kedai Eco-Shop. Produk yang dijual lebih kurang sama macam kedai RM2 yang lain, tapi lebih banyak produk sebab konsep dia hampir sama dengan Daiso dan MrDiy. Disebabkan harga yang murah dan pelbagai pilihan barangan yang masih mempunyai kualiti, memang tak pelik kedai ni sentiasa penuh dengan pengunjung yang nak datang membeli. Barang-barang yang ada di Kedai Eco 2 ringgit ni bermula dari barang untuk keperluan rumah, hiasan rumah, barang tanaman, barang keperluan dapur dan bekas, barang pencuci, alat tulis, barangan kecantikan, barang elektronik, permainan kanak-kanak, produk makanan dan minuman pun ada.  Tak mustahil la viral sampai orang cakap kedai eco ni ‘berhantu’ sebab memang kalau boleh semua barang nak beli. Disebabkan permintaan ramai, kedai Eco Shop RM2 ni dah bertambah-tambah cawangan mereka. Maka seronoklah mereka yang suka mendapatkan barang pada harga yang murah dan berpatutan.