Saturday 8 December 2018

Kedai Eco-Shop RM2


Korang suka beli barang keperluan tapi takut tak cukup bajet?
Ha jangan risau sebab korang ada pilihan untuk dapatkan pelbagai jenis barangan keperluan pada harga RM2. Senang kata kedai 2 ringgit yang ramai orang berebut nak datang iaitu kedai Eco-Shop. Produk yang dijual lebih kurang sama macam kedai RM2 yang lain, tapi lebih banyak produk sebab konsep dia hampir sama dengan Daiso dan MrDiy. Disebabkan harga yang murah dan pelbagai pilihan barangan yang masih mempunyai kualiti, memang tak pelik kedai ni sentiasa penuh dengan pengunjung yang nak datang membeli. Barang-barang yang ada di Kedai Eco 2 ringgit ni bermula dari barang untuk keperluan rumah, hiasan rumah, barang tanaman, barang keperluan dapur dan bekas, barang pencuci, alat tulis, barangan kecantikan, barang elektronik, permainan kanak-kanak, produk makanan dan minuman pun ada.  Tak mustahil la viral sampai orang cakap kedai eco ni ‘berhantu’ sebab memang kalau boleh semua barang nak beli. Disebabkan permintaan ramai, kedai Eco Shop RM2 ni dah bertambah-tambah cawangan mereka. Maka seronoklah mereka yang suka mendapatkan barang pada harga yang murah dan berpatutan.










No comments:

Post a Comment