Thursday, 12 April 2012

jawapan kepada alasan mereka yg tidak menutup aurat



1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai org dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat & menjaga tingkah laku”

Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yg suci, iman yg tinggi & kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yg melihat aurat anda mempunyai hati sesuci & iman setinggi anda juga?
Langsungkah mereka tak memberi kesan & tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yg berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata utk menjaga maslahat & maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yg lebih besar ialah menjaga masyarakat yg berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yg mempamerkan tubuh badannya yg terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar utk anda, tetapi juga demi kemaslahatan org lain di sekeliling.


2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yg betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yg tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata org tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yg sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yg menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dgn mereka yg lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan utk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yg lebih baik.

Nabi bersabda:
Dua perkara yg sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yg bersyukur dan sabar, sesiapa yg gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai org bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yg melihat tentang agamanya kepada mereka yg jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang² yg kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yg diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)



3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dgn ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB utk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh org lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yg lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yg ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yg diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yg wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada org lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yg melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yg melihat. Adapun bagi mereka yg tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.


4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yg tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak² yg belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki utk diketahui org akan apa yg tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang² yg beriman supaya kamu beruntung.” – (Surah an-Nur ayat 31)

No comments:

Post a Comment