Monday 17 December 2012

Jangan bicara soal jodoh jika hak Allah belum ditunaikan


Kadang2 rasa meluat tengok story cinta ni penuh kat homepage.
Banyak lagi kot isu lain yg kita tak pandang, tak baca.
Kalau post pasal cinta, berderet orang like.
Kalau isu Syria, yg like pun belum tentu baca.

form husna blog
"Kadang2, tak perlu cakap sangat soal cinta ni.
Walaupun dlm hati ada cinta.
Memanglah fitrah, tapi fitrah kalau dibelai, diusap, nanti jd parah.
Orang yg kononnya cinta islamik. Kalau hari2 buka home FB penuh dgn benda macam ni,
mcm mana la tak teringin nak kawin. 
Cinta ni kalau makin kita cakap, makin kita bicara, makin rasa galak.
Cuba dalam sehari tu kita tak payah cerita soal hati, soal cinta ni, mesti hati lebih 'khusyuk'.
Tapi tak boleh dinafikan sbb benda ni fitrah.
Fitrah sekalipun, jangan melampaui batas.
Fitrah hamba pada Pencipta pun entah kemana."

Tak salah beri peringatan tentang cinta, tp jgn asyik sangat bicara soal cinta
sampai saudara di Syria pun tak sempat nak doa.
Jgn asyik baca pasal cinta, sampai kalam ALLAH pun tak terbaca.

Maybe dorg jumpa ada org post psl cinta, dorg rasa menarik then dorg share
aku bersangka baik je
Tp rasanya tak perlu kot share benda yg rmai org dh tau
org yg tak kuat iman pun maybe rasa meluat

Tp aku rasa sgt bahaya post2 mcm ni
kalau org yg iman dia masih tebal, pemikiran dorg mungkin positif
tp kalau org yg tak tahu menahu, bahaya utk dorg
ingat lagi tak post yg famous sebelum ni
"Setitik air mata wanita yang jatuh kerana lelaki yg disayanginya,
lelaki itu akan disebat dgn tulang rusuk wanita sebanyak 100 kali di akhirat kelak.
Maka janganlah kamu wahai kaum lelaki membuatkan wanita menangis keranamu"
merata org post psl ni, hingga menakutkan semua org
sedangkan benda ni tersirat, bukan hadis pun

Ingatlah, rakan2 korg tak semua rajin dgr kuliah agama
sbb tu dorg selalu salah anggap
so kalau rasa ilmu korg tu dh bnyk, ajar kwn2
ajak jugak dorg pergi majlis ilmu
bukan memperbodohkan dorg. Tuntut ilmu kan wajib
Jika ingin bicara soal jodoh, bicaralah secara sederhana
bimbing rakan dgn perkara yg lebih penting terlebih dahulu
terutama dlm hak2 Allah
benda yg wajib tu kita dahulukan

Simpan dulu rasa cinta itu jika belum layak dan berhak. 
Simpan dulu. Sampai satu saat, ALLAH buka ruang dan jalan, semuanya mudah & menyenangkan.
Asalkan, kita letak Syariat Allah di depan.

Aku bukan marah, just a point of view.
aku pun pernah buat silap. sama2 kita fikir2kan.
Kalau kerap kali bicara soal cinta yg entah kemana, baik kurangkan.
Baik hentikan. InsyaALLAH, ada kemanisan IMAN. 
Lebih khusyuk hati kita nanti. Mujahadahlah.

Rasa nak kawin, senang je timbul. Tapi cuba fikir balik, layak dah ke nak kawin.
Kahwin ni bukan mudah macam dlm gambar kawin yg kita selalu tengok tu.
kahwin sbb nak elak maksiat? kalau nafsu yg kecik tu pun tak mampu nk cegah,
Ni kan nak pikul tanggungjwb yg besar lps kahwin. mampu ke?
Tapi kalau dah layak, dah bersedia, dah tiba masanya,tak ada masalah.
Bercintalah. Dengan cara yg selayaknya. 
Tp kalau belum bersedia, jgn terlalu dilayan fitrah hati itu.Bimbang jadi fitnah.
Bimbang kita ketinggalan banyak benda kerana asyik mengejar yg tak pasti.
 Berpada-pada bicara soal cinta.Bukan tak boleh, boleh. 
Tapi biar kena masanya. Biar kena caranya. Biar kena tempatnya.

Jika korg belum siap melangkah lebih jauh dgn seseorang,
cukup cintai dia dalam diam.
sbb diam korg adalah salah satu bukti cinta korg pada dia iaitu memuliakan dia.
sbb tak mengajaknya menjalin hubungan yg terlarang
dan tak mahu merosakkan kesucian serta penjagaan hatinya.
Dgn diam tu jgk dapat memuliakan kesucian diri dan hati korg,
Menghindarkan diri dari hal2 yg akan merosakkan korg..

No comments:

Post a Comment