Assalamualaikum dan selamat sejahtera
semua :)
Rasanya mesti ramai tertanya-tanya
pasal program pengajian yang saya tengah belajar sekarang. Kawan sendiri pun
tak pernah ingat nama program pengajian saya ni, maybe sebab kurang terkenal
kot. Yela cuma dalam Universiti Putra Malaysia je ada program Bachelor
Pengajian Pengguna ni. Sekarang ni saya sudah masuk tahun ketiga mengikuti
kursus ni. So far so good, sangat tak menyesal amek program ni, macam-macam
ilmu yang dipelajari boleh saya aplikasikan.
Program Bacelor Pengajian Pengguna ni
selalunya orang panggil BPG. Program ni salah satu di bawah Fakulti Ekologi
Manusia (FEM) dan kebanyakan kelas dan pensyarah adalah di bangunan Jabatan
Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna. Pensyarah kebanyakannya sangat ok dan
selalu membantu student, yang penting student jangan buat masalah je. dekat
bawah ni saya copy paste balik apa yang saya pernah cerita dalam Facebook pasal
program BPG ni.
Apa yang dapat saya rangkumkan
mengenai Pengajian Pengguna ialah dengan mengikuti kursus ini, saya berpeluang
mempelajari serta menganalisis pelbagai perkara bukan sahaja dari perspektif
perniagaan, kerajaan malah dari perspektif pengguna.
Subjek-subjek yang dipelajari
membuatkan saya lebih memahami beberapa perkara berkaitan pengguna, isi rumah
dan keluarga seperti hak-hak pengguna, peranan dan tanggungjawab pengguna,
perlindungan pengguna, keselamatan dan kesihatan pengguna, pengurusan kewangan
serta isu-isu lain berkaitan pengguna.
Mungkin selama ini ramai yang
menganggap ilmu kepenggunaan ini tidak penting, namun besar kesannya apatah
lagi dalam keadaan perubahan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku secara
mendadak yang menjadikan pengguna tidak terkejar dengan perubahan ini dan sukar
untuk menjadi pengguna yang sejahtera. Lihat sahaja setiap hari banyak aduan
pengguna diterima agensi berkaitan dan mungkin kalian juga pernah mengalami
masalah berkaitan kepenggunaan.
Jika sebelum ini kurang pemahaman
mengenai isu-isu pengguna, namun setelah mengikuti kursus ini saya lebih
bersemangat untuk menjadi pengguna yang berpendidikan dan tidak mudah
didiskriminasi. Setelah dua tahun belajar dalam bidang ini, saya juga sedar,
penubuhan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan kepenggunaan sudah
banyak membantu pengguna dan individu menghadapi isu dan masalah kepenggunaan
dan kewangan.
Walaupun terdapat segelintir individu
yang merasakan bidang kami ini tidak penting, saya tetap gembira meneruskan
perjuangan sebagai pelajar Bacelor Pengajian Pengguna kerana bidang ini bukan
hanya saya belajar untuk peperiksaan, namun saya boleh aplikasikan apa yang
saya pelajari di dalam kehidupan seharian saya. Terima kasih buat para
pensyarah yang banyak menurunkan dan berkongsi ilmu. Saya mendoakan semoga
semua pelajar yang mengambil kursus Pengajian Pengguna ini memanfaatkan ilmu
yang dipelajari dan tetap bersemangat membantu pengguna lain untuk menjadi
pengguna yang berpendidikan dan sejahtera.
Ok dan nampak sikit kan? Saya akan cerita sikit pasal subjek yang diambil sebagai pelajar Bacelor Pengajian Pengguna.
Mungkin subjek ada perbezaan dari semasa ke semasa sesuai dengan permintaan
pasaran kerja. So adik-adik junior rilek je still boleh minta bantuan dari
senior atau pensyarah sendiri kalau ade masalah dalam pembelajaran. Dan bagi
Latihan Industri (LI) atau praktikal pula telah berubah dan kemungkinan pada
akhir semester pengajian.
Bagi subjek dipelajari pula, beberapa
subjek universiti yang wajib diambil seperti Kenegaraan, Tamaduan Islam dan
Tamadun Asia, Hubungan Etnik, Psikologi, Prinsip Pengurusan dll.
Terdapat juga subjek teras yang perlu
diambil oleh pelajar mengikut program dan bagi BPG antara subjek yang ada
seperti Consumer Science,, Family and Consumer Economic, Consumer Behavior,
Consumer Protection, Household Financial, Consumption and Quality of Life,
Consumer and Business Ethics, Evaluation of Consumer Product dll.
Apabila masuk ke tahun ketiga
ikut modul sekarang ni, pelajar BPG akan mula memilih minor dan terdapat tiga
minor iaitu Minor Kewangan Pengguna, Minor Advokasi dan Pendidikan Pengguna dan
Minor Produk Pengguna. Jadi subjek yang akan diambil adalah mengikut minor
masing-masing.
Ok sedikit info tambahan. Kebanyakan
pelajar BPG secara langsung akan menjadi ahli Gerakan Pengguna Siswa UPM.
Sangat digalakkan untuk anda semua turut aktif supaya dapat tingkatkan pelbagai
kemahiran.
Sekian sahaja penerangan mengenai
program #Bachelor #Pengajian #Pengguna.
Nabilah LiyanaPelajar Tahun Tiga Sesi
2016/2017
Bacelor Pengajian Pengguna
Bacelor Pengajian Pengguna
Universiti Putra Malaysia
Kos ni nak berapa pointer dan muet kena berapa
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletepointer dlm 2.75 kalau STPM, muet atleast band 2
DeleteBagaimana dengan skop pekerjaan?
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteSkop pekerjaan meluas juga sebenarnya. Agensi2 kerajaan seperti KPDNKK,JAKIM, AKPK, SIRIM. Bank pun boleh terima. Untuk swasta ada peluang juga since subjek2 yang dipelajari sangat meluas.
ReplyDeleteAssalam, nak tanya.. Biasanya utk course ni, kolej tempat tinggal kat kolej berapa ye?
ReplyDeletePeluang pekerjaan bidang ini adakah luas? Bidang ini senang untuk mencari kerja?
ReplyDelete