Showing posts with label bacelor pengajian pengguna. Show all posts
Showing posts with label bacelor pengajian pengguna. Show all posts

Tuesday, 4 December 2018

My Convocation at Universiti Putra Malaysia

Hi semua, entry kali ini Nabila nak share salah satu pengalaman paling berharga dalam hidup yang Nabila dah capai. Secara rasminya Nabilah dah dapat genggam ijazah. Syukur sangat2. Rasa macam mimpi pun ada sebab rasa susah sangat nak berjaya dapat genggam ijazah, lagi2 sebab masa sekolah menengah result tak perform sangat. Nabila rasa semua ni bermula dari STPM Tingkatan 6, masa ni memang Nabilah pulun habis sebab kecewa lepas SPM tak dapat masuk IPTA. Ada jugak yang takutkan Nabila untuk halang masuk Tingkatan 6, tapi Nabila kuatkan pendirian dan yakin Nabila kene rebut peluang yang ada.

Masa Tingkatan 6, memang semangat belajar tu berkobar2 dan buat pertama kali dalam hidup Nabilah rasa lebih rapat dengan semua cikgu. Mungkin sebab jumlah murid tak ramai jadi cikgu bagi lebih perhatian. Masa dalam tempoh tu jugak la Nabilah rasa sokongan mak ayah tu lebih sebab banyak sangat hal yang Nabila perlukan bantuan ibubapa masa tu. Ayah banyak tolong bila ada masalah nak siapkan Penilaian Bertaksiran Sekolah (PBS STPM), dan ayah banyak tolong google untuk bantu cari maklumat tambahan dan selalu jadi driver hantar dan ambil Nabila dan lagi tiga orang kawan Nabilah ke sekolah dan perpustakaan PPASS. Mak Nabila pun macam faham, dia cuba untuk tak minta tolong bila Nampak Nabila buat kerja, dan mak punya bunyi kuali memasak jam 4 pagi tu selalu kejutkan Nabila untuk bangun study or siapkan tugasan dan mak akan prepare makanan kalau nampak anak dia tengah study awal pagi. Rasa dapat semangat lebih bila semua orang bagi sokongan masa tu.

Lepas habis STPM itulah kemuncak apabila dapat tawaran masuk UPM dalam bidang Bacelor Pengajian Pengguna. Masa tu Nabila rasa macam mimpi, memang air mata mengalir masa tu sebab tak sangka. Jadi masa tingkatan 6 memang Nabila manfaatkan peluang untuk belajar dengan berdisiplin sebab bukan senang untuk masuk IPTA dan tak boleh sia-siakan peluang yang diberi. Alhamdulillah selepas empat tahun belajar, Nabila Berjaya menjadi graduan Ijazah Sarjana Muda. Terima kasih Ya Allah, terima kasih ibu bapa, keluarga, tenaga pengajar, rakan-rakan dan pihak UPM yang membantu dan memberi peluang kepada Nabila untuk berjaya.
Jadi dekat bawah ni Nabila rasa nak share gambar grad Nabila masa konvokesyen UPM ke 42 pada bulan Oktober yang lalu.




Nervous tau naik stage 


Bangga pulak dapat masuk facebook page UPM

My family my supporter my backbone

Duduk sebelah si dia :P



Best friend dari zaman SPM sampai STPM dan sekarang

Okay itu sahaja gambar hari konvo. Di bawah ada perkongsian untuk gambar pre-convo :D











Saturday, 24 December 2016

Bachelor Pengajian Pengguna

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :)
Rasanya mesti ramai tertanya-tanya pasal program pengajian yang saya tengah belajar sekarang. Kawan sendiri pun tak pernah ingat nama program pengajian saya ni, maybe sebab kurang terkenal kot. Yela cuma dalam Universiti Putra Malaysia je ada program Bachelor Pengajian Pengguna ni. Sekarang ni saya sudah masuk tahun ketiga mengikuti kursus ni. So far so good, sangat tak menyesal amek program ni, macam-macam ilmu yang dipelajari boleh saya aplikasikan. 

Program Bacelor Pengajian Pengguna ni selalunya orang panggil BPG. Program ni salah satu di bawah Fakulti Ekologi Manusia (FEM) dan kebanyakan kelas dan pensyarah adalah di bangunan Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna. Pensyarah kebanyakannya sangat ok dan selalu membantu student, yang penting student jangan buat masalah je. dekat bawah ni saya copy paste balik apa yang saya pernah cerita dalam Facebook pasal program BPG ni.

Apa yang dapat saya rangkumkan mengenai Pengajian Pengguna ialah dengan mengikuti kursus ini, saya berpeluang mempelajari serta menganalisis pelbagai perkara bukan sahaja dari perspektif perniagaan, kerajaan malah dari perspektif pengguna.
Subjek-subjek yang dipelajari membuatkan saya lebih memahami beberapa perkara berkaitan pengguna, isi rumah dan keluarga seperti hak-hak pengguna, peranan dan tanggungjawab pengguna, perlindungan pengguna, keselamatan dan kesihatan pengguna, pengurusan kewangan serta isu-isu lain berkaitan pengguna.

Mungkin selama ini ramai yang menganggap ilmu kepenggunaan ini tidak penting, namun besar kesannya apatah lagi dalam keadaan perubahan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku secara mendadak yang menjadikan pengguna tidak terkejar dengan perubahan ini dan sukar untuk menjadi pengguna yang sejahtera. Lihat sahaja setiap hari banyak aduan pengguna diterima agensi berkaitan dan mungkin kalian juga pernah mengalami masalah berkaitan kepenggunaan.
Jika sebelum ini kurang pemahaman mengenai isu-isu pengguna, namun setelah mengikuti kursus ini saya lebih bersemangat untuk menjadi pengguna yang berpendidikan dan tidak mudah didiskriminasi. Setelah dua tahun belajar dalam bidang ini, saya juga sedar, penubuhan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan kepenggunaan sudah banyak membantu pengguna dan individu menghadapi isu dan masalah kepenggunaan dan kewangan.

Walaupun terdapat segelintir individu yang merasakan bidang kami ini tidak penting, saya tetap gembira meneruskan perjuangan sebagai pelajar Bacelor Pengajian Pengguna kerana bidang ini bukan hanya saya belajar untuk peperiksaan, namun saya boleh aplikasikan apa yang saya pelajari di dalam kehidupan seharian saya. Terima kasih buat para pensyarah yang banyak menurunkan dan berkongsi ilmu. Saya mendoakan semoga semua pelajar yang mengambil kursus Pengajian Pengguna ini memanfaatkan ilmu yang dipelajari dan tetap bersemangat membantu pengguna lain untuk menjadi pengguna yang berpendidikan dan sejahtera.

Ok dan nampak sikit kan? Saya akan cerita sikit pasal subjek yang diambil sebagai pelajar Bacelor Pengajian Pengguna. Mungkin subjek ada perbezaan dari semasa ke semasa sesuai dengan permintaan pasaran kerja. So adik-adik junior rilek je still boleh minta bantuan dari senior atau pensyarah sendiri kalau ade masalah dalam pembelajaran. Dan bagi Latihan Industri (LI) atau praktikal pula telah berubah dan kemungkinan pada akhir semester pengajian.
Bagi subjek dipelajari pula, beberapa subjek universiti yang wajib diambil seperti Kenegaraan, Tamaduan Islam dan Tamadun Asia, Hubungan Etnik, Psikologi, Prinsip Pengurusan dll. 
Terdapat juga subjek teras yang perlu diambil oleh pelajar mengikut program dan bagi BPG antara subjek yang ada seperti Consumer Science,, Family and Consumer Economic, Consumer Behavior, Consumer Protection, Household Financial, Consumption and Quality of Life, Consumer and Business Ethics, Evaluation of Consumer Product dll.
Apabila masuk ke tahun ketiga ikut modul sekarang ni, pelajar BPG akan mula memilih minor dan terdapat tiga minor iaitu Minor Kewangan Pengguna, Minor Advokasi dan Pendidikan Pengguna dan Minor Produk Pengguna. Jadi subjek yang akan diambil adalah mengikut minor masing-masing. 
Ok sedikit info tambahan. Kebanyakan pelajar BPG secara langsung akan menjadi ahli Gerakan Pengguna Siswa UPM. Sangat digalakkan untuk anda semua turut aktif supaya dapat tingkatkan pelbagai kemahiran.
Sekian sahaja penerangan mengenai program #Bachelor #Pengajian #Pengguna.

Nabilah LiyanaPelajar Tahun Tiga Sesi 2016/2017
Bacelor Pengajian Pengguna
Universiti Putra Malaysia