Saturday 8 December 2018

Mahnaz Food Shah Alam





Kedai Mahnaz Food ini adalah antara pilihan sesiapa yang ingin mendapatkan produk makanan dari negara luar seperti kekacang, kurma (tamar), kismis, manisan seperti Turkish delight, coklat, makanan kering, minuman jus, teh, produk tenusu, madu, herba (spices), minyak, dan juga terdapat produk kosmetik. Kalau korang teringin nak dapatkan produk dari negara Timur Tengah, Iran, Turki, Pakistan, boleh lah cuba datang dan cari di sini. Kalau korang takut nak beli sebab tak pernah rasa sendiri sebelum ni, jangan risau sebab mereka sediakan ‘tester’ untuk korang cuba. Lepas dah cuba rasa tu boleh pertimbangkan untuk beli. Dari segi harga bagi saya still affordable sebab ada banyak pilihan jadi boleh pilih mana yang ikut bajet kita.


Pelbagai jenis kekacang dan buah kering

Kurma

Kismis

Coklat


Bahagian sejuk


Minuman dan jus




Teh dan Kopi


 Produk tenusu


Herba-herba (spices)

Madu



Juga terdapat produk penjagaan diri dan kosmetik

Turkish Baklava


Kafe di dalam Kedai Mahnaz

Kaunter pembayaran pun banyak



Oh ya, sekarang ni Mahnaz dah sediakan macam kafe kecil dalam kedai so boleh cuba produk manisan macam roti, biskut, kek, antara yang menarik perhatian ialah baklava yang terkenal dari negara Turki. Masa saya ambil gambar ni pada hari biasa so takdelah ramai sangat. Selalunya sebelum bulan Ramadhan memang sangat ramai datang dekat sini, mungkin cari kurma untuk persediaan bulan Ramadhan.
Kalau ada yang berminat nak pergi, boleh ke alamat berikut:

Mahnaz Food Shah Alam
Jalan TP 7/5
Taman Perindustrian Sime UEP
40400 Shah Alam Selangor

No comments:

Post a Comment