Masa Tingkatan 6, memang semangat belajar tu berkobar2 dan
buat pertama kali dalam hidup Nabilah rasa lebih rapat dengan semua cikgu.
Mungkin sebab jumlah murid tak ramai jadi cikgu bagi lebih perhatian. Masa
dalam tempoh tu jugak la Nabilah rasa sokongan mak ayah tu lebih sebab banyak
sangat hal yang Nabila perlukan bantuan ibubapa masa tu. Ayah banyak tolong
bila ada masalah nak siapkan Penilaian Bertaksiran Sekolah (PBS STPM), dan ayah
banyak tolong google untuk bantu cari maklumat tambahan dan selalu jadi driver
hantar dan ambil Nabila dan lagi tiga orang kawan Nabilah ke sekolah dan
perpustakaan PPASS. Mak Nabila pun macam faham, dia cuba untuk tak minta tolong
bila Nampak Nabila buat kerja, dan mak punya bunyi kuali memasak jam 4 pagi tu
selalu kejutkan Nabila untuk bangun study or siapkan tugasan dan mak akan
prepare makanan kalau nampak anak dia tengah study awal pagi. Rasa dapat
semangat lebih bila semua orang bagi sokongan masa tu.
Lepas habis STPM itulah kemuncak apabila dapat tawaran masuk
UPM dalam bidang Bacelor Pengajian Pengguna. Masa tu Nabila rasa macam mimpi,
memang air mata mengalir masa tu sebab tak sangka. Jadi masa tingkatan 6 memang
Nabila manfaatkan peluang untuk belajar dengan berdisiplin sebab bukan senang
untuk masuk IPTA dan tak boleh sia-siakan peluang yang diberi. Alhamdulillah
selepas empat tahun belajar, Nabila Berjaya menjadi graduan Ijazah Sarjana Muda. Terima
kasih Ya Allah, terima kasih ibu bapa, keluarga, tenaga pengajar, rakan-rakan
dan pihak UPM yang membantu dan memberi peluang kepada Nabila untuk berjaya.
Jadi dekat bawah ni Nabila rasa nak share gambar grad Nabila
masa konvokesyen UPM ke 42 pada bulan Oktober yang lalu.
Nervous tau naik stage
Bangga pulak dapat masuk facebook page UPM
My family my supporter my backbone
Duduk sebelah si dia :P
Best friend dari zaman SPM sampai STPM dan sekarang
No comments:
Post a Comment