Friday, 25 January 2019

Bedak Ponds


Saya teruja sangat nak cerita pasal produk bedak talkum tabur dari Ponds ni. Beli masa pergi bangkok tahun lepas sebab akak beria sangat. Tapi macam best dengan dia punya texture.
Harga dia pun murah je, kalau convert Bhat ke RM dalam RM3 mcm tu je. 


1. Ponds Natural Mattifying Face Powder (Biru)
Untuk produk ni saya tak selalu sangat pakai sebab rasa warna dia tak sesuai dengan kulit saya yang gelap dan rasa macam kulit jadi kering.

2. Ponds BB Magic Powder (Pink)

Bedak BB Magic Powder ni saya suka dan selalu pakai. Jadi untuk yang tak suka pakai foundation, bedak ni boleh jadi alternatif. Tekstur dia agak pekat, dan bile pakai rasa mcm ada shining dekat muka. Ini merupakan pertama kali saya tengok bedak tabur warna macam coklat dan bile pakai tak buat muka saya nampak kelabu. Since dah kenal bedak ni, saya keluar mana2 pakai bedak ni je :D



Saturday, 8 December 2018

Kedai Eco-Shop RM2


Korang suka beli barang keperluan tapi takut tak cukup bajet?
Ha jangan risau sebab korang ada pilihan untuk dapatkan pelbagai jenis barangan keperluan pada harga RM2. Senang kata kedai 2 ringgit yang ramai orang berebut nak datang iaitu kedai Eco-Shop. Produk yang dijual lebih kurang sama macam kedai RM2 yang lain, tapi lebih banyak produk sebab konsep dia hampir sama dengan Daiso dan MrDiy. Disebabkan harga yang murah dan pelbagai pilihan barangan yang masih mempunyai kualiti, memang tak pelik kedai ni sentiasa penuh dengan pengunjung yang nak datang membeli. Barang-barang yang ada di Kedai Eco 2 ringgit ni bermula dari barang untuk keperluan rumah, hiasan rumah, barang tanaman, barang keperluan dapur dan bekas, barang pencuci, alat tulis, barangan kecantikan, barang elektronik, permainan kanak-kanak, produk makanan dan minuman pun ada.  Tak mustahil la viral sampai orang cakap kedai eco ni ‘berhantu’ sebab memang kalau boleh semua barang nak beli. Disebabkan permintaan ramai, kedai Eco Shop RM2 ni dah bertambah-tambah cawangan mereka. Maka seronoklah mereka yang suka mendapatkan barang pada harga yang murah dan berpatutan.










Mahnaz Food Shah Alam





Kedai Mahnaz Food ini adalah antara pilihan sesiapa yang ingin mendapatkan produk makanan dari negara luar seperti kekacang, kurma (tamar), kismis, manisan seperti Turkish delight, coklat, makanan kering, minuman jus, teh, produk tenusu, madu, herba (spices), minyak, dan juga terdapat produk kosmetik. Kalau korang teringin nak dapatkan produk dari negara Timur Tengah, Iran, Turki, Pakistan, boleh lah cuba datang dan cari di sini. Kalau korang takut nak beli sebab tak pernah rasa sendiri sebelum ni, jangan risau sebab mereka sediakan ‘tester’ untuk korang cuba. Lepas dah cuba rasa tu boleh pertimbangkan untuk beli. Dari segi harga bagi saya still affordable sebab ada banyak pilihan jadi boleh pilih mana yang ikut bajet kita.


Pelbagai jenis kekacang dan buah kering

Kurma

Kismis

Coklat


Bahagian sejuk


Minuman dan jus




Teh dan Kopi


 Produk tenusu


Herba-herba (spices)

Madu



Juga terdapat produk penjagaan diri dan kosmetik

Turkish Baklava


Kafe di dalam Kedai Mahnaz

Kaunter pembayaran pun banyak



Oh ya, sekarang ni Mahnaz dah sediakan macam kafe kecil dalam kedai so boleh cuba produk manisan macam roti, biskut, kek, antara yang menarik perhatian ialah baklava yang terkenal dari negara Turki. Masa saya ambil gambar ni pada hari biasa so takdelah ramai sangat. Selalunya sebelum bulan Ramadhan memang sangat ramai datang dekat sini, mungkin cari kurma untuk persediaan bulan Ramadhan.
Kalau ada yang berminat nak pergi, boleh ke alamat berikut:

Mahnaz Food Shah Alam
Jalan TP 7/5
Taman Perindustrian Sime UEP
40400 Shah Alam Selangor

Tuesday, 4 December 2018

My Convocation at Universiti Putra Malaysia

Hi semua, entry kali ini Nabila nak share salah satu pengalaman paling berharga dalam hidup yang Nabila dah capai. Secara rasminya Nabilah dah dapat genggam ijazah. Syukur sangat2. Rasa macam mimpi pun ada sebab rasa susah sangat nak berjaya dapat genggam ijazah, lagi2 sebab masa sekolah menengah result tak perform sangat. Nabila rasa semua ni bermula dari STPM Tingkatan 6, masa ni memang Nabilah pulun habis sebab kecewa lepas SPM tak dapat masuk IPTA. Ada jugak yang takutkan Nabila untuk halang masuk Tingkatan 6, tapi Nabila kuatkan pendirian dan yakin Nabila kene rebut peluang yang ada.

Masa Tingkatan 6, memang semangat belajar tu berkobar2 dan buat pertama kali dalam hidup Nabilah rasa lebih rapat dengan semua cikgu. Mungkin sebab jumlah murid tak ramai jadi cikgu bagi lebih perhatian. Masa dalam tempoh tu jugak la Nabilah rasa sokongan mak ayah tu lebih sebab banyak sangat hal yang Nabila perlukan bantuan ibubapa masa tu. Ayah banyak tolong bila ada masalah nak siapkan Penilaian Bertaksiran Sekolah (PBS STPM), dan ayah banyak tolong google untuk bantu cari maklumat tambahan dan selalu jadi driver hantar dan ambil Nabila dan lagi tiga orang kawan Nabilah ke sekolah dan perpustakaan PPASS. Mak Nabila pun macam faham, dia cuba untuk tak minta tolong bila Nampak Nabila buat kerja, dan mak punya bunyi kuali memasak jam 4 pagi tu selalu kejutkan Nabila untuk bangun study or siapkan tugasan dan mak akan prepare makanan kalau nampak anak dia tengah study awal pagi. Rasa dapat semangat lebih bila semua orang bagi sokongan masa tu.

Lepas habis STPM itulah kemuncak apabila dapat tawaran masuk UPM dalam bidang Bacelor Pengajian Pengguna. Masa tu Nabila rasa macam mimpi, memang air mata mengalir masa tu sebab tak sangka. Jadi masa tingkatan 6 memang Nabila manfaatkan peluang untuk belajar dengan berdisiplin sebab bukan senang untuk masuk IPTA dan tak boleh sia-siakan peluang yang diberi. Alhamdulillah selepas empat tahun belajar, Nabila Berjaya menjadi graduan Ijazah Sarjana Muda. Terima kasih Ya Allah, terima kasih ibu bapa, keluarga, tenaga pengajar, rakan-rakan dan pihak UPM yang membantu dan memberi peluang kepada Nabila untuk berjaya.
Jadi dekat bawah ni Nabila rasa nak share gambar grad Nabila masa konvokesyen UPM ke 42 pada bulan Oktober yang lalu.




Nervous tau naik stage 


Bangga pulak dapat masuk facebook page UPM

My family my supporter my backbone

Duduk sebelah si dia :P



Best friend dari zaman SPM sampai STPM dan sekarang

Okay itu sahaja gambar hari konvo. Di bawah ada perkongsian untuk gambar pre-convo :D











Thursday, 6 April 2017

Menang Glassware Sdn Bhd

Kali ni entry saya pasal barangan dari syarikat Menang Glassware.
Menang Glassware ni keluarkan barang-barang khasnya utk barang dapur. Saje je nak cerita, bukan nak promote sgt tapi terkejut jugak sebab barang-barang dia murah2. terjatuh cinta tgk barang dia lepas mak bawak pegi branch Menang Glassware dekat Puchong. Lagi2 sebab mak saya jadi ahli, jadi memang mase bayar tu terkejut sangat sebab utk ahli ade diskaun. Dah la harga memamg murah, bile dapat diskaun lagi la murah. saya ade ambil sikit gambar dalam branch Puchong. Boleh la tengok barang apa yg ada.








Ha, mcm-mcm barang dia jual kan. Tapi ade lagi sebenarnya, Boleh tengok katalog kat bawah ni kalau nak tau detail pasal barang dan harga dia. menang glassware . Harga dalam katalog ni harga asal tau, kalau korang jadi ahli mesti dapat lebih murah. Selamat membeli :D

#MenangGlassware #BarangDapur #Menang #Glassware

Monday, 23 January 2017

My college room




Its been two weeks for semester break. And I already miss my college room. Hahah..
Okay cantik jgk rupanya bilik serumpun ni. Tp kene cat sikit la dinding bilik tu sbb teruk sangat orang sebelum ni guna dinding. Saya cat sikit guna cat yg saiz mcm pelaka. Tu pun guna separuh je. And yeah I love my room! I love kolej 12 kolej serumpun upm dari first sem sampai sekarang walaupun jauh dari fakulti 😁